https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-33.jpg
in

MASJID KOLAM AYER DITUTUP, ADA KES POSITIF #COVID19

MASJID KOLAM AYER DITUTUP, ADA KES POSITIF #COVID19

JOHOR BAHRU – Masjid Kolam Ayer, di sini ditutup selama tujuh hari bermula hari ini ekoran seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) dan seorang jemaah kariahnya disahkan positif COVID-19.

Notis penutupan masjid berkenaan dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, hari ini.

Penutupan berkenaan dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan.

Tinjauan The VOICE ke masjid berkenaan mendapati, pintu masuk utama masjid berkenaan dililit dengan pita pelekat.

Difahamkan, ahli jemaah masjid tersebut diminta menjalani ujian calitan dan keputusan dijangka diketahui esok.

(Visited 15 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0