https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-22.jpg
in

MAQIS RAMPAS PERUT BABI SEJUK BEKU 27 TAN DARI DENMARK

MAQIS RAMPAS PERUT BABI SEJUK BEKU 27 TAN DARI DENMARK

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan sebuah syarikat yang cuba memalsukan dokumen import bagi mengelirukan untuk membawa masuk produk babi dari Denmark, kelmarin.

Dalam pemeriksaan rutin dijalankan Pegawai Penguasa Maqis di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di sini pada jam 10.30 pagi mendapati sebuah kontena mengandungi 27 tan metrik perut babi sejuk beku.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim memberitahu, produk babi itu dianggarkan bernilai RM315,520.

“Hasil pemeriksan lanjut ke atas kontena tersebut mendapati ‘seal’ pada kontena tersebut tidak sama seperti dalam ‘bil of lading’ yang telah dikemukakan kepada Pegawai Penguasa Maqis. 

“Kesemua produk perut babi tersebut telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak lebih RM75,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. – JT

(Visited 12 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0