https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111.jpg
in

KERAJAAN NEGERI JANJI BANTU SELESAI ISU TIADA BEKALAN ELEKTRIK

KERAJAAN NEGERI JANJI BANTU SELESAI ISU TIADA BEKALAN ELEKTRIK


JOHOR BAHRU – Masalah ketiadaan bekalan elektrik di flat Taman Desa Kempas, di sini sejak tiga tahun lalu dan terpaksa menggunakan generator akan diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. Chong Fat Full berkata, masalah itu sudah dibincangkan dengan pihak pemaju serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan mendapat makluman balas positif.

“Apa yang menjadi masalah sekarang ini ialah pihak pemaju difahamkan tidak berhasrat untuk membuat ‘substation’ di sini kerana melibatkan kos tinggi selain mahu menyiapkan keseluruhan pembinaan yang melibatkan sembilan blok.

“Saya harap mereka tidak menunggu untuk menyiapkan keseluruhan projek, iaitu sembilan blok itu sekiranya tiga blok sedia ada terabai. Ini adalah tidak realistik, masalah depan mata pun mereka tak mampu selesaikan,” katanya selepas bertemu penduduk dan membuat tinjauan di kawasan flat berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Johor, Datuk Teo Kok Chee.

Katanya, tindakan pemaju itu tidak bertanggungjawab serta zalim dan kerajaan negeri perlu campur tangan bagi membela nasib penduduk.

“Ini adalah satu kezaliman buat penduduk. Ada antara mereka yang sudah melunaskan pinjaman bank, namun tak boleh tinggal di sini kerana tidak ada elektrik,” katanya.

Menurut Fat Full, kawasan tersebut mempunyai 187 lot dan terdapat kira-kira 30 keluarga yang tinggal di situ biar pun tidak memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).
Pihaknya menerima aduan daripada wakil penduduk Khamis lalu memaklumkan dilema yang dihadapi mereka selama ini.

Beliau berkata, tiga blok flat itu sudah 90 peratus siap dan mempunyai bekalan air, cuma tidak mempunyai bekalan elektrik dan CCC.

“Setakat ini, pihak TNB positif untuk membantu dan kita akan mendapatkan pengesahan daripada pihak mereka supaya ada hitam putih untuk memberi kelegaan kepada penduduk yang terjejas.

“Mengenai pihak pemaju, kita akan berbincang dengan mereka tentang soal penyediaan substation. Jika soal kewangan menjadi kekangan, kita akan cuba bantu mereka,” katanya. – VOICE

(Visited 9 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0