https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-1-9.jpg
in

KAPITALIS DIDAKWA PUNCA KES #COVID19 MENINGKAT

KAPITALIS DIDAKWA PUNCA KES COVID-19 MENINGKAT

Oleh Abu Hanifah Muhamad

PASIR GUDANG – Punca peningkatan kes COVID-19 di negara ini didakwa berpunca daripada kapitalis yang mengejar keuntungan sehingga mengabaikan aspek kesihatan dan kebajikan tempat tinggal ribuan pekerja mereka.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendakwa, ini kerana dianggarkan 83 peratus kes COVID-19 di negara ini berpunca daripada sektor pembuatan, khususnya kilang.

Menurut beliau, tempat tinggal pekerja yang memaksa mereka bersempit dan bersesak menyebabkan wabak COVID-19 mudah berjangkit.

“Semalam (Khamis) Malaysia merekodkan 2,148 kes positif baharu COVID-19, iaitu tertinggi sejak 40 hari lalu.

“Adakah peningkatan ini disebabkan ada selebriti terkenal merentasi negeri untuk berbulan madu di Langkawi, jawapannya sama sekali tidak.

“Sebaliknya Malaysia membenarkan bermaharajalela para kapitalis yang tamak mengejar keuntungan sehingga tidak peduli hal kesihatan dan kebajikan tempat tinggal ribuan pekerja mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melaporkan 2,148 kes positif COVID-19 baharu di Malaysia. – JT

(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0