in

JUITA RAI ANAK YATIM, GOLONGAN ASNAF BERBUKA PUASA

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-32.jpg

JUITA RAI ANAK YATIM, GOLONGAN ASNAF BERBUKA PUASA

JOHOR BAHRU – Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Johor (Juita) meraikan anak yatim, kanak-kanak kurang upaya dan golongan asnaf dalam majlis berbuka puasa di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor di Saujana, di sini semalam.

Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Dipertua Juita, Datin Fazlina Omar dan ahli-ahli Juita.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Negeri Johor, Datin Zalena Mohd. Ariffin dan Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Rejimen 501 (AW), Ir. Norzahamawatty Md. Desa.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor, Muzairiah Baijuri dan Pengurus Besar Yayasan Johor Corporation (JCorp), Noor Ruzilawati Ruddin.

Sebelum berbuka puasa, turut diadakan penyerahan sumbangan baucar KFC daripada Yayasan JCorp kepada Juita.

Pada majlis itu, Fazlina yang juga isteri Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad turut beramah-mesra dan menyampaikan duit raya kepada anak yatim, kanak-kanak kurang upaya dan golongan asnaf yang diraikan. – VOICE

(Visited 74 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0