https://www.facebook.com/tekunasional/
in

DANA SPIN BANTU USAHAWAN MEMULAKAN PERNIAGAAN – @TEKUNasional / https://www.facebook.com/tekunasional/

DANA SPIN BANTU USAHAWAN MEMULAKAN PERNIAGAAN – @TEKUNasional /

JOHOR BAHRU – TEKUN Nasional negeri Johor kini aktif mempromosikan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) kepada orang ramai yang mahu menceburi bidang keusahawanan.

Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional negeri Johor, Zainal Rahmat berkata, pembiayaan SPIN merupakan pinjaman yang mudah diluluskan dengan peruntukan antara RM1,000 hingga RM5,000.

Golongan sasaran pembiayaan SPIN seperti mereka yang hendak membuka perniagaan, peniaga pasar malam dan tani, peniaga online, pembuat kuih dan banyak lain.

“Mereka yang tiada sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) boleh memohon kerana tujuan SPIN untuk membantu usahawan kecil ini.

“Golongan yang telah hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 tetapi mahu membuka peniagaan juga digalakkan memohon SPIN,” katanya dalam sesi taklimat pembiayaan SPIN kepada para usahawan di Projek Perumahan Rakyat Kempas Permai, di sini semalam.

Menurut Zainal, pembiayaan SPIN perlu dimanfaatkan golongan usahawan kerana kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi membantu mereka berniaga dan berkembang dalam suasana pandemik COVID-19 ketika ini.

“Dana ini dapat membantu mereka berniaga, sekali gus juga akan memulihkan ekonomi negara,” katanya. – VOICE

(Visited 13 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0