https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-11.jpg
in

CCC DIKELUARKAN TETAPI SISTEM PERPARITAN BELUM SIAP

CCC DIKELUARKAN TETAPI SISTEM PERPARITAN BELUM SIAP

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Md. Nasir mempersoalkan bagaimana projek Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Terbau di sini memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) sedangkan sistem perpaipannya masih belum siap.Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dimaklumkan CCC untuk PRI1MA Tebrau dikeluarkan pada 31 Mac lalu sedangkan sepatutnya sijil berkenaan diberikan selepas semuanya selesai.

“CCC akan dikeluarkan apabila segala kerja pembinaan siap termasuk penilaian komprehensif terhadap komponen kerja pembinaan seperti asas bangunan, kerja-kerja tanah, sistem paip, sistem longkang dan saliran, landskap, lampu jalan dan sistem keselamatan kebakaran.”Persoalannya bagaimana CCC boleh dikeluarkan dalam keadaan sistem paip d PR1MA tersebut belum siap sepenuhnya?

“Adakah benar kontraktor bertindak memenuhkan tangki air secara manual bagi mendapatkan kelulusan CCC sedangkan paip air sebenarnya belum disambung,” katanya selepas melawat PR1MA Tebrau semalam.

Katanya, pembeli PR1MA berkenaan dijanjikan untuk dapat kunci sebelum 30 April ini, namun apa yang akan berlaku sekiranya penyambungan paip air utama gagal disiapkan sebelum tarikh penyerahan itu.

Akmal juga mempersoalkan sama ada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin tahu perkembangan itu memandangkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan wakil pembeli pada 8 April lalu, iaitu seminggu selepas CCC dikeluarkan.

“Sebaiknya menteri terbabit tampil berikan penjelasan mengapa perkara sebegini boleh berlaku, CCC dikeluarkan tanpa bekalan air.

“Tidak perlulah tunggu sampai kami buat laporan. Jangan berdolak-dalik serta nafikan hak pembeli untuk mendapatkan pampasan atau tuntutan denda lewat penyerahan rumah (LAD),” katanya. – JT

(Visited 17 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0