in

BOTOL PLASTIK TERSEKAT PADA KEMALUAN, DAKWA ANGKARA AH LONG

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-1-2.jpg

BOTOL PLASTIK TERSEKAT PADA KEMALUAN, DAKWA ANGKARA AH LONG

PONTIAN – Seorang lelaki terpaksa menahan sakit kira-kira 20 minit selepas sebuah botol plastik tersekat pada kemaluannya di Hospital Pontian, Jalan Alsagoff di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 7.18 malam, lelaki berkenaan yang berusia 47 tahun tidak dapat mengeluarkan botol plastik minuman tersebut sebelum meminta bantuan pihak hospital.

Petugas hospital berkenaan pula bimbang untuk mengeluarkan botol tersebut kerana berisiko tinggi sebelum meminta bantuan pihak bomba.

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian dikejarkan ke tempat kejadian dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT). 

Ketua BBP Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd. Jalil berkata, pihak bomba bertindak memotong botol tersebut dengan menggunakan peralatan khas pemotong.

“Lelaki tersebut selamat tetapi berdarah sedikit. Apabila sudah selesai pihak bomba bertanya mangsa bagaimana botol plastik itu boleh tersekat pada bahagian kemaluan, lelaki itu mendakwa perbuatan ah long.

“Mangsa mendakwa ah long yang melakukannya sebelum dia dikejarkan ke hospital kerana tidak dapat mengeluarkan botol plastik tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi tersebut yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Julia Sani tamat pada jam 7.39 petang. – JT

(Visited 21 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0