in

BAYI DITINGGAL HADAPAN HOSPITAL SWASTA

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-5.jpg

BAYI DITINGGAL HADAPAN HOSPITAL SWASTA

JOHOR BAHRU – Terdengar sayup-sayup bunyi tangisan mendoro seorang pekerja mencari siapakah gerangan pemilik suara itu.

Namun, alangkah terkejutnya dia apabila menemukan seorang bayi perempuan cukup sifat lengkap berpakaian ditinggalkan di depan pintu sebuah hospital swasta di bandar raya ini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam, lelaki itu yang bekerja sebagai penyambut tetamu terdengar bunyi tangisan. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, lelaki itu yang menuju ke arah bunyi berkenaan dan terkejut menemukan bayi tersebut yang ditinggalkan di luar pintu masuk utama hospital berkenaan.

“Lelaki itu melaporkan perkara tersebut kepada ketua jururawat yang bertugas ketika kejadian.

“Pemeriksaan ketua jururawat mendapati bayi itu yang diletakkan di atas lantai dan lengkap berpakaian itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, kecuali satu tangkal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Bayi berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sebelum ditempatkan di Wad Kanak-Kanak untuk pemantauan lanjut.

“Pemeriksaan dibuat pihak hospital mendapati bayi berkenaan dalam keadaan baik dan dianggarkan berusia 14 hari,” katanya.

Rakaman kamera liter tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita kelihatan mengendong bayi dilihat berjalan di sekitar kawasan hospital.

Walau bagaimanapun, rakaman CCTV itu tidak jelas dan polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) JBS menerusi talian 07-2182323.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – JT

(Visited 24 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0