https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-27.jpg
in

ANWAR TAK BOLEH DIHARAP – ISMAIL

ANWAR TAK BOLEH DIHARAP – ISMAIL

KUALA KRAU: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan bukan pemimpin yang boleh diharapkan untuk mengembalikan maruah pribumi di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, hala tuju PKR yang bersekongkol dengan DAP menambah dingin orang Melayu terhadap Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Menurutnya, Anwar dipercayai telah berjumpa dengan pemimpin DAP untuk menjadi rakan strategik politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“PKR tidak dapat membentuk kerajaan tanpa sokongan DAP dan walaupun tidak dijanjikan habuan seperti jawatan menteri kepada tokoh parti berkenaan, Anwar tetap ditolak orang Melayu.

“Orang Melayu puluhan tahun berjuang menganggap DAP musuh politik sejak dulu kini dan selamanya tidak mudah terpedaya dengan mainan politik Anwar,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 8,864 penerima dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka di Wisma Peneroka di sini semalam.

Ismail berkata, pemuafakatan politik antara UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional ( MN) perlu terus diperkukuhkan kerana terbukti ia laluan terbuka mendaulatkan negara bangsa.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri mengingatkan orang UMNO ‘memperkasakan’ diri dengan menjadi ahli yang berkualiti.

Ini kerana tegasnya, parti UMNO akan digeruni dan dikagumi kawan serta lawan sekiranya ahli parti keramat itu cakap serupa bikin.

“Sebagai contoh kempen menambah ahli UMNO berjalan begitu hebat tetapi jika tidak disusuli tindakan, ia kurang berkesan. Oleh itu, ahli UMNO sekitar 3.3 juta orang perlu berdaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya. – UTUSAN ONLINE

(Visited 18 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0