https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-18.jpg
in

4 KLUSTER PENDIDIKAN DIKENAL PASTI

4 KLUSTER PENDIDIKAN DIKENAL PASTI

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengenal pasti empat kluster berkaitan pendidikan, tiga daripadanya membabitkan institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Johor, Melaka, Selangor dan Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kluster Jalan Anggerik 21 yang dikesan di Johor Bahru, membabitkan kes yang dilaporkan positif bermula hari ini, hasil saringan bersasar terhadap pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Anggerik 21, Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Seramai 651 individu disaring dan 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster itu.

Kluster Pengkalan Batik yang dikesan di Melaka pula membabitkan sekolah atau institusi pendidikan KPM di daerah Alor Gajah.

Kes indeks bagi kluster ini, remaja lelaki rakyat tempatan berusia 17 tahun dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April lalu hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 12 April serta seramai 37 individu dikesan positif COVID-19 dalam kluster itu.

“Kluster Anggerik Cempaka membabitkan sekolah atau institusi pendidikan KPM di Baling di Kedah bermula kes indeks remaja perempuan warga tempatan berusia 14 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April lalu hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 10 April dan kluster ini membabitkan pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Kulim-Baling, Baling.

“Hingga hari ini, sejumlah 87 individu disaring dan enam daripadanya dikesan positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Jalan Langat Ceria yang membabitkan jangkitan dan Hulu Langat, Petaling, Klang, Kuala Langat, Gombak, dan Sepang bermula daripada kes indeks seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April hasil saringan individu bergejala selepas mula bergejala pada 8 April.

Setakat hari ini, kluster membabitkan pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Langat Ceria 4, Taman Langat Ceria, Hulu Langat, sudah menjangkiti sejumlah 50 individu. – BH

(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0