https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/04/111-25.jpg
in

4 JAM TERAPUNG ATAS BUMBUNG BOT

4 JAM TERAPUNG ATAS BUMBUNG BOT

JOHOR BAHRU – Seramai 10 kru warga Indonesia terselamat selepas dua bot ‘barter trade’ yang dinaiki karam di dua lokasi di perairan Pulau Pisang, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, kedua-dua bot berkenaan masing-masing karam pada kedudukan 5.6 dan 15.3 batu nautika barat daya Pulau Pisang.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, dua bot itu membawa muatan kelapa bulat dalam perjalanan dari Pelabuhan Sungai Guntung, Indonesia menuju ke Batu Pahat, Johor.

“Semasa dalam perjalanan berdepan dengan cuaca buruk serta hujan lebat. Bot ‘barter trade’ pertama yang membawa enam kru lelaki warga Indonesia telah karam, namun kesemua kru berjaya diselamatkan nelayan tempatan yang berada berhampiran.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Jeti Pontian Kecil, manakala empat kru lelaki warga Indonesia dari bot kedua diselamatkan bot barter trade lain yang berada di kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Maritim Malaysia kemudian menggerakkan Bot Kilat 13 ke lokasi kejadian untuk mengambil empat mangsa dari bot barter trade kedua seterusnya dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, semua 10 mangsa berusia dalam lingkungan 27 hingga 53 tahun terselamat dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semasa kejadian enam daripada mereka terpaksa berdiri atas bumbung bot menanti diselamatkan selama kira-kira empat jam.

Namun selepas itu kedua-dua bot barter trade berkenaan tenggelam sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan komuniti maritim supaya sentiasa membawa dan memakai jaket keselamatan ketika berada di laut dan digalakkan membawa Personal Locator Beacon (PLB) sebagai alat keselamatan sekiranya berlaku kecemasan.

Sebarang laporan mengenai aktiviti jenayah atau kecemasan di laut katanya, segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Johor 07-2199404 atau talian kecemasan MERS 999. – JT

(Visited 8 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0