in

159 PELAJAR DIARAH JALANI SARINGAN #COVID19

159 PELAJAR DIARAH JALANI SARINGAN #COVID19

JOHOR BAHRU – Seramai 159 pelajar dari lima buah sekolah di daerah ini diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19 di Pusat Sehenti Penilaian COVID-19 (OSCAC) di Pasir Gudang dan Bukit Indah setakat semalam.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, tindakan kawalan telah dijalankan bagi memastikan tiada penularan berlaku di sekolah yang dikenal pasti.


“Bagi setiap warga sekolah yang dilaporkan positif, Jabatan Kesihatan akan membuat pemantauan dan saringan kontak rapat bagi memastikan tiada penularan berlaku dalam sekolah.


“Kebelakangan ini, Johor menyaksikan peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan dalam kalangan warga sekolah, melibatkan guru dan pelajar.


“Kebanyakan kes adalah penularan dalam rumah ekoran daripada aktiviti sosial keluarga, iaitu ahli keluarga dari jauh bertemu dan berkumpul untuk bermesra di dalam rumah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Kebanyakan mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan membabitkan amalan 3S, iaitu ruang sempit, sesak dan sembang dekat.


“Masih ada keluarga yang mengadakan aktiviti sosial seperti berkumpul di pusat hiburan, kenduri kahwin dan aktiviti riadah lain secara berkumpulan.


“Ingat, Johor masih lagi belum berada pada Zon Hijau dan masih kekal dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya. – JT

(Visited 25 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0