https://www.johortimes.my/wp-content/uploads/2021/03/1-5.jpg
in

@PDRMsia PERKETAT PEMERIKSAAN RENTAS NEGERI

@PDRMsia PERKETAT PEMERIKSAAN RENTAS NEGERI

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan lagi pemeriksaan terhadap sebarang pergerakan rentas negeri bermula esok bagi mengesan individu yang mengambil kesempatan melakukan pergerakan tanpa kebenaran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata seramai 36,000 pegawai dan anggota yang ditugaskan dalam sekatan jalan raya sudah diarahkan untuk mengenal pasti sebarang kesalahan yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan terutama mereka yang bergerak tanpa kebenaran.

“Mulai esok, saya sudah memberikan arahan tegas kepada semua pegawai dan anggota di lapangan terutama di setiap sekatan jalan raya rentas negeri untuk memberi tumpuan terhadap kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran.

“Pemeriksaan ini dibuat bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai kebenaran saja dibenarkan untuk melakukan pergerakan rentas negeri,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata, walaupun jumlah kes harian COVID-19 dilaporkan menurun, namun rakyat tidak boleh mengambil ringan terhadap bahaya pandemik itu.

“Penurunan jumlah kes COVID-19 sebenarnya adalah bukti kerja keras dilakukan barisan hadapan dengan kerjasama orang ramai.

“Bagaimanapun, PDRM sedar perkembangan positif ini mungkin berubah menjadi negatif dalam sekelip mata jika orang ramai mengambil sikap sambil lewa,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini sejumlah 36,000 pegawai dan anggota polis dikerahkan untuk pemeriksaan terhadap pematuhan SOP, sekatan jalan raya dan Operasi Benteng.

Katanya, pada masa sama juga, sebanyak 260 sekatan jalan raya diwujudkan di seluruh negara terutama di laluan keluar dan masuk setiap negeri.

“Jumlah sekatan jalan raya diadakan ini cukup untuk mengawasi pergerakan orang ramai di seluruh negara,” katanya. – BH

(Visited 35 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0