https://www.johortimes.my/wp-content/uploads/2021/03/1-6.jpg
in

BAKAR KERETA AKIBAT MARAH ISTERI TAK PULANG RUMAH

BAKAR KERETA AKIBAT MARAH ISTERI TAK PULANG RUMAH

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki terkejut apabila kereta jenis Proton Saga FL miliknya yang diparkir di hadapan rumahnya terbakar di Jalan Indah 4/1, Taman Bukit Indah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang. lelaki berusia 22 tahun itu pada mulanya hairan apabila terdengar alarm keretanya berbunyi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, apabila pengadu keluar mendapati keretanya terbakar di bahagian tayar sebelah kiri.

“Pengadu cuba untuk memadamkan kebakaran tersebut tetapi gagal dan menyebabkan api telah merebak sebelum lelaki tersebut meminta bantuan pihak bomba lalu berjaya dipadamkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa mengesyaki seorang lelaki yang juga saudaranya berusia 47 tahun melakukan perbuatan tersebut dan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

Berpandukan maklumat mangsa katanya, sepasukan polis berjaya menahan dan menangkap saspek di tepi Jalan Indah 5/5, Taman Bukit Indah.

Beliau berkata, siasatan awal suspek mengaku melakukan kesalahan tersebut kerana tidak puas hati terhadap isterinya yang tidak balik rumah sejak 1 Mac lalu kerana perselisihan faham.

“Soal siasat awal mendapati suspek tidak puas hati terhadap isterinya yang tidak balik rumah sejak 1 Mac lalu kerana perselisihan faham.

“Isteri suspek pula ketika itu berada di rumah mangsa. Suspek merupakan seorang penganggur. Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau bersabit kes Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan manakala saringan air kencing terhadapnya negatif,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, suspek akan dibawa ke mahkamah di sini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penguasa Bomba Kanan II Asmiza Zaini berkata, lapan anggota terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran kereta tersebut.

“Kereta tersebut terbakar 80 peratus. Kerja-kerja memadam kebakaran turut dibantu sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan operasi tamat pada pukul 7.47 petang,” katanya. – JT

(Visited 22 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0