https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/02/4.jpg
in

WARGA EMAS LEMAS SEMASA PASANG PUKAT

WARGA EMAS LEMAS SEMASA PASANG PUKAT

KUALA NERUS: “Saya terkilan tak dapat selamatkan abang walaupun dah naikkan abang ke dalam bot,” kata Harun Mahmud, 62, adik kepada mangsa lemas di pantai Teluk Ketapang, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, sampan dinaiki mangsa, Mohd Mahmud, 75, terbalik ketika dia memeriksa pukat yang dipasang.

Harun berkata, dia bersama Mohd dan seorang lagi adik, Shamsuddin, 60, ke laut untuk menangkap ikan kira-kira jam 8 pagi.

“Arwah turun ke laut untuk memasang pukat manakala saya dan Shamsuddin memancing di tepi pantai.

“Selepas setengah jam memasang pukat, arwah ke pantai sebelum turun semula ke laut,” katanya ketika ditemui di tepi pantai Teluk Ketapang.

Harun berkata, dia kemudian ternampak sampan mangsa terbalik ketika abangnya mengutip ikan pada pukat.

“Saya segera mengayuh bot gentian kaca sejauh kira-kira 200 meter untuk menyelamatkan abang. Abang tidak sedarkan diri ketika ditarik ke dalam bot,” katanya.

Katanya, abangnya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba tidak lama selepas itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Nerus, Yusmizan Yusof, berkata dua anggotanya sedang melakukan rondaan di lokasi kejadian mendapati mangsa sudah dibawa naik ke pantai. – BH

(Visited 14 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0