https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/02/14.jpg
in

VAKSIN: HANYA MySEJAHTERA APLIKASI RASMI

VAKSIN: HANYA MySEJAHTERA APLIKASI RASMI

KUALA LUMPUR: MySejahtera adalah aplikasi rasmi kerajaan bagi pendaftaran vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehubungan itu orang ramai hanya perlu mendaftar dengan aplikasi berkenaan untuk pendaftaran vaksin COVID-19.

Beliau berkata, bagi mereka yang tiada aplikasi itu boleh mendaftar di laman web yang dibuka dalam bulan Mac ini yang mempunyai pautan ke dalam sistem aplikasi MySejahtera terbabit.

“Setakat ini, kita hanya mengguna MySejahtera yang diiktiraf dan dikenal pasti sebagai saluran rasmi kerajaan bagi pendaftaran untuk mendapatkan vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi libat urus Kementerian Kesihatan (KKM) bersama media yang berlangsung secara dalam talian hari ini.

Setakat ini, seramai 1.065 juta orang sudah berdaftar melalui aplikasi MySejahtera. – BH

(Visited 28 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0