in

@POLISJOHOR SIASAT PUNCA KEBAKARAN GUDANG

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/02/5.jpg

@POLISJOHOR SIASAT PUNCA KEBAKARAN GUDANG

JOHOR BAHRU – Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam sedang menyiasat sama ada kebakaran gudang penyimpanan barang kelengkapan rumah di Taman Johor Jaya di sini malam tadi mempunyai unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 11.44 malam.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan berhubung perkara ini,” katanya ketika dihubungi semasa mengulas dakwaan kilang tersebut dibakar atau melibatkan unsur jenayah.

Sementara itu, seramai 41 anggota dan lapan pegawai dibantu tujuh jentera dan sebuah pacuan empat roda dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, BBP Larkin, BBP Bandar Baru Kulai dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasinya, Timbalan Penguasa Bomba II Tahrin Saat, mereka turut dibantu anggota dari Fire Post Kempas serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ulu Tiram.

“Proses memadam kebakaran melibatkan dua jentera Fire Rescue Team (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dua lori tangki dan satu Breathing Apparatus Tender Vehicle (BATV).

“Kebakaran melibatkan gudang penyimpanan barangan keperluan rumah untuk perniagaan berkeluasan kira-kira 3,200 kaki persegi. Kebakaran mengakibatkan kemusnahan 80 peratus daripada keseluruhan bangunan,” katanya.

Kebakaran pada pukul 10 malam tadi tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dan operasi tamat pada pukul 3.09 pagi ini.- JT

(Visited 47 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0