https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/02/1.jpg
in

MAYAT 2 KANAK-KANAK LEMAS DITEMUKAN @BombaJBPM

MAYAT 2 KANAK-KANAK LEMAS DITEMUKAN @BombaJBPM

JOHOR BAHRU – Mayat dua kanak yang lemas semasa mandi di Sungai Skudai, Kampung Batu 8, Skudai di sini petang semalam ditemukan tengah malam tadi.

Mayat mangsa pertama, Ahmad Daniel Abdullah, 9, dari Kampung Baru Skudai ditemukan pada pukul 8.58 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Suhaimi Abdul Jamal berkata, mayat kanak-kanak pertama dijumpai pada jarak 14 meter dari tempat kejadian.

“Dia merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Denai. Kanak-kanak kedua yang berusia tujuh tahun dan berbangsa Cina ditemukan mayatnya pukul 12.10 tengah malam tadi, kira-kira tujuh meter dari tempat kejadian.

“Mangsa kedua ini ditemukan selepas usaha mencari dipergiatkan pukul 10.25 malam dengan menggunakan teknik ‘windshield wiper searching’,” katanya, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.17 petang semalam, kedua-dua kanak-kanak tersebut mandi di Sungai Skudai sebelum lemas dan disedari seorang lelaki yang sedang menjala ikan di bawah jambatan berdekatan.

Saksi kejadian, Nalsen Manggatang, 35, yang melihat ada kelibat tangan terkapai-kapai dan jeritan meminta tolong kemudian cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak berjaya.

Suhaimi berkata, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba Johor terlibat dalam operasi yang dibantu tiga jentera dan empat kenderaan utiliti.

Pasukan mencari dan menyelamat turut dibantu 15 anggota polis dan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM). Operasi tamat pukul 12.43 tengah malam. – JT

(Visited 27 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0