https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/02/3-1.jpg
in

LELAKI MAUT KERETA TERBABAS REMPUH POKOK

LELAKI MAUT KERETA TERBABAS REMPUH POKOK

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Taman Impian Ema di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.56 petang, Yap Whye Xin, 28, yang memandu kereta Kia Forte merempuh sebatang pokok di tepi jalan berkenaan.

Kemalangan tersebut mengakibatkan kereta tersebut seakan-akan ‘melekat’ pada pangkal pokok dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai serta BBP Larkin dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Suraini Adenan berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas Road Traffic Accident (RTA).

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira 30 minit dan disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan yang hadir.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. “Operasi tamat pada pukul 5.45 petang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. – JT

(Visited 114 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0