in

KETIBAAN KUMPULAN VAKSIN PERTAMA UNTUK NEGERI JOHOR #SOULofJOHOR #JohorTimes

KETIBAAN KUMPULAN VAKSIN PERTAMA UNTUK NEGERI JOHOR #SOULofJOHOR #JohorTimes

JOHOR BAHRU – Kumpulan pertama vaksin COVID-19 yang amat dinanti-nantikan rakyat, termasuk Bangsa Johor sudah tiba pada hari ini, 21 Februari 2021.

Menteri Besar, Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad berkata, vaksin berkenaan dibawa terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura ke Tambak Johor sebaik sahaja tiba dengan pesawat dari Belgium.

Ketibaan lori syarikat penghantaran DHL yang membawa vaksin tersebut kira-kira jam 2 petang disambut oleh beliau, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Mohd. Noh Ibrahim.

Beliau turut diberi penerangan ringkas mengenai kawalan keselamatan terhadap vaksin berkenaan oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor, SAC Alzafny Ahmad.

Vaksin berkenaan seterusnya dihantar ke setor penyimpanan di Senai dengan kawalan keselamatan yang ketat.

“Vaksin keluaran syarikat Pfizer BioNTech tersebut akan diagih-agihkan ke beberapa hospital di negeri ini esok,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. – JT

(Visited 32 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0