https://www.johortimes.my/wp-content/uploads/2021/02/sekolah1.jpg
in

JOHOR SALUR RM20.5 JUTA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

JOHOR SALUR RM20.5 JUTA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

KOTA ISKANDAR – Kerajaan Negeri Johor melaksanakan Agenda Johor Berkebajikan yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2021 apabila menyalurkan peruntukan sebanyak RM20.5 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Daripada jumlah tersebut, lebih 200,000 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada keluarga berpendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 yang layak di negeri ini akan menerima bantuan ‘one-off’ sebanyak RM100.

Replika cek peruntukan itu disampaikan oleh YAB Menteri Besar kepada Pengarah JPNJ, Tuan Haji Shaharuddin Saari di Pejabat Menteri Besar Johor, di sini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, YB Tuan Haji Mazlan Bujang dan Pengurus Besar YPJ, Tuan Haji Mahadon Marnin.

Dalam pada itu, Tuan Haji Shaharuddin mengucapkan terima kasih atas pemberian bantuan yang sememangnya dapat membantu ibu bapa untuk membeli barangan kelengkapan persekolahan bagi anak-anak mereka.

”Penyaluran bantuan ini akan ditentukan oleh pihak sekolah masing-masing sama ada mahu memanggil ibu bapa untuk mengambil bantuan tersebut secara tunai atau memasukkan ke dalam akaun ibu bapa pelajar,” katanya. – Makmur Johor

(Visited 43 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0