https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/02/atm1-1.jpg
in

ATM RAMPAS ROKOK SELUDUP BERNILAI RM442,200

ATM RAMPAS ROKOK SELUDUP BERNILAI RM442,200

KOTA TINGGI – Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 2,948 karton rokok pelbagai jenama dalam Op Merpati di sekitar Punggai dan Batu Layar, di sini hari ini.Markas berkenaan dalam satu kenyataan memberitahu, rampasan bernilai RM442,200 itu ditemukan pada pukul 11.20 pagi oleh pasukan perondanya yang melalui satu lorong mencurigakan di kawasan terbabit.

“Pasukan rondaan itu menemukan beberapa longgokan rokok tidak bercukai melibatkan 50 bungkusan plastik hitam yang ditutup dengan kanvas berwarna biru.

“Pemeriksaan mendapati terdapat rokok berjenama Red Black sebanyak 2,837 karton, Luffman (34 karton) dan 23 Vinte E Tress (77 karton),” demikian menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Kesemua barangan rampasan disahkan sebagai barangan seludup secara haram yang dibawa masuk dari Indonesia.Lokasi penemuan dipercayai merupakan tempat simpanan sementara sebelum dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

“Kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan selanjutnya,” jelas kenyataan itu.Pihaknya memaklumkan satu laporan sudah dibuat di Balai Polis Bayu Damai. – JT

(Visited 17 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0