in

6 REMAJA ‘GENG BASIKAL LAJAK’ DITAHAN

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/02/16.jpg

6 REMAJA ‘GENG BASIKAL LAJAK’ DITAHAN

JOHOR BAHRU – Tindakan enam remaja lelaki menunggang basikal lajak mengundang padah apabila ditahan polis di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, di sini petang tadi.

Kesemua mereka berusia antara 12 tahun hingga 16 tahun ditahan kira-kira pukul 3 petang oleh polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, kumpulan remaja itu ditahan kerana menunggang basikal lajak yang telah diubah suai dan tidak mempunyai brek serta loceng.

Menurutnya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD JBS telah mengeluarkan 10 saman Pol 257 di bawah peraturan 42(1)(a) LN 166/59 dan kesemua basikal lajak dirampas di bawah Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kesemua ibu bapa remaja yang menunggang basikal lajak telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD JBS untuk tujuan dokumentasi.

“Kita juga telah menasihati ibu bapa supaya mengambil tahu kegiatan anak-anak mereka ketika berada di luar rumah sebelum kesemua yang ditahan dibenarkan pulang,” katanya, hari ini. 

Mohd. Padzli berkata, pemantauan kegiatan basikal lajak secara berterusan akan dijalankan bagi mengekang dan membenteras aktiviti basikal lajak ini. – JT

(Visited 33 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0