in

2 PENGARAH SYARIKAT DITAHAN KEMUKA TUNTUTAN PALSU

https://www.johortimes.my/wp-content/uploads/2021/02/sprm.jpg

2 PENGARAH SYARIKAT DITAHAN KEMUKA TUNTUTAN PALSU

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan dua orang pengarah syarikat swasta kerana disyaki terlibat mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berkaitan tuntutan Program Subsidi Upah (PSU) di bawah pakej PENJANA.

Suspek yang merupakan seorang lelaki dan wanita berusia 64 dan 39 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Johor petang tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

SPRM memandang serius perkara itu kerana melibatkan isu ketirisan, khususnya terhadap bantuan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan bagi meringankan bebanan rakyat dalam tempoh pandemik COVID-19.

Siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. – JT

(Visited 82 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0