in

RUMAH TERBAKAR, HASRAT PINDAH TERTANGGUH

RUMAH TERBAKAR, HASRAT PINDAH TERTANGGUH

PONTIAN 010121 – Hasrat sebuah keluarga untuk berpindah ke rumah yang dibina 20 tahun lalu di Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi tertangguh apabila kediaman mereka terbakar dalam kejadian petang semalam.

Menurut pemilik rumah, Ideham Md. Aripin, 63, ketika kejadian pada pukul 2 petang itu, dia berada di Kuala Lumpur, manakala isteri, Arpah Arpan, 60, dan anak bongsunya, Nazsyahira Aqila berada di rumah tersebut.

“Sebelum balik makan tengah hari di rumah keluarga di kampung yang sama, isteri dan anak saya difahamkan membuat kerja-kerja disekeliling rumah termasuk membakar sampah.

“Sebaik sahaja isteri dan anaknya balik ke rumahnya semula, mereka berdua mendapati rumah tersebut terbakar tanpa diketahui dari mana punca berlaku kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Ideham, rumah tersebut pada awalnya dibina dengan kos RM75,000 sebelum penambahan dengan kos RM20,000 yang dijadikan rumah persinggahan pada musim raya dan cuti hujung tahun selain pernah dijadikan rumah sewa.

“Kawasan halaman rumah ditanam dengan pokok nanas serta kelapa mawar. Kami bercadang untuk berpindah pada bulan depan sebahagian barang-barang telah pun dipindahkan,” katanya yang bertugas sebagai jurutera awam di Kuala Lumpur.

Katanya, kebakaran tersebut telah memusnahkan bumbung dan bahagian dapur dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM40,000 yang akan mengambil masa untuk dibaiki sebelum boleh didiami semula.

Jelasnya, menurut isterinya, ketika kejadian cuaca panas serta berangin dan telah menyebabkan api merebak dengan cepat sebelum ketibaan pasukan Bomba dan Penyelamat untuk mengawal kebakaran tersebut.

Sementara itu, Komonder Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Jalan Alsagoff, Azhar Abd. Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.37 petang dan mengejarkan sebuah jentera dan 7 anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik sampai ke lokasi kejadian berlaku kebakaran sebuah rumah jenis kekal berukuran 30 x 60 dan telah terbakar 25 peratus.

“Turut membantu 4 anggota dari Fire Post Benut dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pada pukul 3.27 petang,” katanya ketika dihubungi di sini.-UTUSAN ONLINE

(Visited 62 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0