https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111-16.jpg
in

PM @MUHYIDDINYASSIN LAWAT MANGSA BANJIR DI KOTA TINGGI

PM LAWAT MANGSA BANJIR DI KOTA TINGGI

KOTA TINGGI – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kota Tinggi untuk melawat mangsa banjir di daerah ini.

Muhyiddin tiba pukul 12 tengah hari di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kolej Vokasional Kota Tinggi sebelum mendengar taklimat banjir di PPS terbabit.

Mengiringi Ahli Parlimen Pagoh itu, Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Selepas itu, Perdana Menteri meluangkan masa hampir sejam melawat mangsa banjir di PPS berkenaan sebelum menyerahkan sumbangan kepada mangsa.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, seramai 126 mangsa daripada 28 keluarga dari Taman Kota Jaya ditempatkan di PPS di Kolej Vokasional.

Perdana Menteri kemudian melawat mangsa banjir yang ditempatkan PPS di Sekolah Kebangsaan ( SK) Laksamana pada pukul 12.50 tengah hari. – JT

(Visited 10 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0