in

PENGARAH SYARIKAT PENGIMPORT, PEMBORONG DAGING DITAHAN REMAN 4 HARI

PENGARAH SYARIKAT PENGIMPORT, PEMBORONG DAGING DITAHAN REMAN 4 HARI

Oleh Abu Hanifah Muhamad

JOHOR BAHRU – Empat individu termasuk pengarah syarikat pengimport dan pemborong yang disiasat berkaitan kartel daging memalsukan logo halal sebelum ini ditahan reman selama empat bermula hari ini.

Pendaftar Mahkamah, Nur Izzaty Muhammad Zahari membenarkan permohonan reman yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Khas Reman, di sini sebentar tadi.

Empat individu berusia antara 39 hingga 50 tahun termasuk seorang wanita disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana memberi rasuah.

Mereka antaranya merupakan Pengarah, Pengarah Operasi, kerani syarikat sama dan seorang lagi pengarah syarikat lain ditahan reman bermula hari ini hingga 8 Disember depan. – JT

(Visited 28 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0