in

PADAH BUBUH CINCIN PADA KEMALUAN

PADAH BUBUH CINCIN PADA KEMALUAN

ALOR SETAR 010121 – Tindakan seorang lelaki menyarungkan cincin pada kemaluannya, mengundang malu besar, apabila aksesori itu tidak dapat ditanggalkan, sehingga terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba.

Berikutan itu, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Rusdi Lazim, dipanggil membantu khidmat khas memotong cincin berkenaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas itu pada jam 4.07 pagi.

Beliau berkata, anggotanya tiba di HSB dalam masa lima minit selepas menerima panggilan operasi itu, untuk melakukan operasi memotong cincin berkenaan.

“Operasi dilakukan dengan berhati-hati menggunakan alat pemotong cincin untuk mengelak kecederaan pada serius pada kemaluan mangsa.

“Mangsa berusia 38 tahun dan sudah berkahwin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Naufal berkata, operasi tamat pada jam 5.51 pagi tadi.

Beliau berkata, ini adalah kes pertama membabitkan cincin tersangkut pada kemaluan pada awal tahun baru ini.

“Operasi disertai empat anggota dari BBP Alor Setar dan sebuah jentera EMRS,” katanya. – BH

(Visited 77 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0