https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111-14.jpg
in

MD RAJIHAN DIJUMPAI LEMAS DEKAT KERETANYA DITEMUI

MD RAJIHAN DIJUMPAI LEMAS DEKAT KERETANYA DITEMUI

KLUANG: Md Rajihan Junaidi yang dihanyutkan arus bersama keretanya di Batu 18, Jalan Kluang-Mersing pada Sabtu lalu ditemui lemas petang ini.

Mayat Md Rajihan, 28, ditemui sekitar jam 5.15 petang kira-kira 15 meter dari lokasi keretanya ditemui petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek, berkata jenazah mangsa kemudian dikenalpasti oleh anggota keluarga yang menunggu di situ.

“Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk proses bedah siasat,” katanya

Isteri mangsa, Khairunnisa Ibrahim, 24, yang mengandung tiga bulan, yang turut berada di lokasi kejadian tidak dapat menahan kesedihan hingga terpaksa dipapah untuk mengiringi jenazah ke hospital. – BH

(Visited 17 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0