in

LELAKI MAUT TERSEPIT, KERETA BERTEMBUNG LORI

LELAKI MAUT TERPSEPIT, KERETA BERTEMBUNG LORI

BATU PAHAT – Seorang lelaki maut manakala seorang wanita parah selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Parit Tengah, Parit Yaani di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 petang, kereta Proton Saga BLM dipandu seorang lelaki bertembung dengan sebuah lori jenis Nissan UD.

Kemalangan itu menyebabkan pemandu lelaki yang tidak diketahui idendititinya dan penumpang wanita kereta tersebut, Yeo Swee Mei, 32, tersepit di tempat duduk masing-masing.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Zakaria Mohamad berkata, pihaknya menggunakan peralatan Rescue Tools dan pemotong untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Sementara itu penumpang wanita yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pemandu lori, Muhammad Hanif Zulkafle, 33, tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat pukul 4.22 petang. – JT

(Visited 39 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0