in

LELAKI HILANG SEMASA CARI KETAM

LELAKI HILANG SEMASA CARI KETAM

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki yang mencari ketam dengan menggunakan bot hilang berhampiran Kampung Simpang Arang, Sungai Boh di sini semalam.

Kehilangan Wangti Nad, 40-an, dilaporkan penduduk setempat kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor pada pukul 8.48 pagi sebelum gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) sebuah Toyota Hilux dan sebuah bot dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata, lelaki itu dipercayai hilang ketika mencari ketam di laut.

“Mangsa keluar mencari ketam pada pukul 7 pagi semalam dan secara kebiasaannya akan pulang pada pukul 2 petang.

“Namun sehingga pukul 6 petang mangsa masih belum pulang. Lalu isteri mangsa meminta pertolongan penduduk kampung untuk mencarinya namun gagal. Pihak bomba kemudian diberitahu pada pagi tadi bagi membantu mencari mangsa.

“Penduduk kampung memaklumkan, mereka melakukan kerja-kerja pencarian semalam dan menemui bot mangsa sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, operasi SAR masih diteruskan hingga kini dibantu polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan penduduk kampung. – JT

(Visited 57 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0