in

LEBIH 500 BURGER DIAGIHKAN KEPADA MANGSA BANJIR

LEBIH 500 BURGER DIAGIHKAN KEPADA MANGSA BANJIR

KLUANG – Lebih 500 keping burger diagih-agihkan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di sini malam tadi.

Dua PPS tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana dan SMK Sultan Abdul Jalil (SSAJ) Kluang.

Program tersebut anjuran Perikatan Nasional (PN) Kluang yang melaksanakan inisiatif Kongsi Rezeki dengan mangsa banjir.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Mohamad Nor Lingan yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kluang berkata, kesemua burger berkenaan dimasak di PPS berkenaan.

“Insya-Allah, program seumpama ini akan terus dijalankan selagi dapat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya di Parlimen Kluang,” katanya ketika ditemui di PPS tersebut.

Daerah ini mencatatkan mangsa banjir tertinggi, iaitu 2,376 daripada keseluruhan 6,991 orang yang melibatkan lapan daerah di Johor setakat jam 12 tengah hari ini.Mohamad Nor berkata, pihaknya merakamkan penghargaan terhadap semua pihak yang terlibat terutamanya agensi-agensi kerajaan dalam menyediakan kelengkapan dan keperluan mangsa banjir di negeri ini. – JT

(Visited 47 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0