in

KONVOI BERTUKAR TRAGEDI

KONVOI BERTUKAR TRAGEDI

KUALA BERANG 010121 – Konvoi sekumpulan penunggang motosikal dari Johor ke Terengganu, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam nahas di Kilometer 386.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di antara Bukit Besi dengan Ajil di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, Jamaludin Zainalabidin, 38, dari Segamat, Johor yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR, maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata konvoi membabitkan 20 motosikal itu dari arah Segamat ke Kuala Terengganu untuk bersantai.Katanya, kumpulan berkenaan dikatakan memulakan perjalanan dari Segamat, Johor jam 8 malam tadi untuk ke Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan, sebelum terbabas dan bergesel dengan besi penghadang tengah lebuh raya.

“Kita tidak menolak kemungkinan kemalangan dipercayai berpunca laluan licin dan hujan lebat ketika kejadian berkenaan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Unit ForensikHospital Hulu Terengganu untuk ‘swab test’ dan bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BH

(Visited 56 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0