in

KARTEL: 2 PENOLONG PEGAWAI MAQIS JOHOR DIREMAN 5 HARI

KARTEL: 2 PENOLONG PEGAWAI MAQIS JOHOR DIREMAN 5 HARI

JOHOR BAHRU – Dua Pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor yang disiasat terlibat rasuah dalam melindungi kegiatan kartel import daging haram ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.

Pendaftar Mahkamah, Nur Izzaty Muhammad Zahari membenarkan permohonan reman yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di Mahkamah Khas Reman, di sini.

Dua pegawai berusia 27 dan 31 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atas tuduhan menerima rasuah.

Terdahulu kedua-duanya yang merupakan Penolong Pegawai Maqis Johor tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi dengan berpakaian baju lokap SPRM berwarna jingga.

Sebelum itu mereka ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini pukul 11 malam tadi bagi membantu siasatan kes kartel import daging haram.

Pada 2 Disember lalu, laporan media membongkar kegiatan kartel mengimport daging dari beberapa negara yang tidak halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual dan dibekalkan dalam pasaran tempatan.

Serbuan tersebut dilakukan pihak Maqis bersama-sama agensi lain di sebuah stor di Skudai, dekat sini. – JT

(Visited 48 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0