in

JAGA-JAGA DI MERSING, KOTA TINGGI

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111-21.jpg

JAGA-JAGA DI MERSING, KOTA TINGGI

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di daerah Mersing dan Kota Tinggi, Johor sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan pada 11.30 malam memaklumkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula diramalkan berlaku di beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah sehingga esok.

Keadaan sama juga dijangka berlaku sehingga 12 Januari di Pahang, Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru). – BERNAMA

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0