in

GAMBAR UNSUR PARTI KOMUNIS PADA RESTORAN SUDAH TIADA

GAMBAR UNSUR PARTI KOMUNIS PADA RESTORAN SUDAH TIADA

JOHOR BAHRU – Gambar dan karikatur parti Komunis pada sebuah restoran di Taman Mount Austin di sini yang menjadi viral dalam laman sosial semalam didapati sudah tiada.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil pemeriksaan polis di restoran berkenaan semalam mendapati premis terbabit telah berubah.

“Restoran berkenaan telah berubah sama sekali tidak ada imej-imej seperti yang diviralkan.

“Premis itu juga dalam proses pengubahsuaian dan restoran itu dikenali sebagai Big Captain Steamboat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan lanjut mendapati, pemilik premis terbabit berusia 41 tahun menjelaskan bahawa gambar yang diviralkan itu adalah pada tahun 2019, menurut Ayob Khan.

“Isteri pemilik merupakan warga China dan sebelum ini, premis itu telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan atas kesalahan mempamerkan papan iklan perniagaan tanpa mematuhi syarat,” ujarnya.

Jelasnya, polis telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan, Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan mempromosi ideologi komunis dan sosialis yang boleh membangkitkan sokongan terhadap perjuangan parti komunis. – JT

(Visited 205 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0