in

GAMBAR PEMIMPIN KOMUNIS DIRAMPAS

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111-13.jpg

GAMBAR PEMIMPIN KOMUNIS DIRAMPAS

MELAKA: Polis menyerbu sebuah premis perniagaan di Jonker Walk, Jalan Hang Jebat, di sini dan merampas 18 gambar pemimpin Parti Komunis China, Mao Zedong, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata operasi kira-kira jam 1 tengah hari semalam, turut menahan seorang wanita berusia 51 tahun dipercayai pemilik premis berkenaan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Beliau berkata, serbuan berkenaan adalah hasil maklumat orang awam selain pemantauan polis yang mendapati beberapa gambar pemimpin terbabit digantung di dinding bahagian dalam premis.

“Kita sudah membuka kertas siasatan untuk kes ini dan pemilik premis terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Kelmarin, dua restoran di Georgetown, Pulau Pinang juga disiasat selepas pemiliknya menghias premis miliknya masing-masing di Auto City dan Pulau Tikus dengan kertas dinding memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis. – BH

(Visited 18 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0