https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111-12.jpg
in

AYAH HARAP JASAD RAJIHAN DITEMUKAN

AYAH HARAP JASAD RAJIHAN DITEMUKAN

KLUANG: “Saya amat berharap anak ditemui semula sama ada dalam keadaan selamat atau tidak.”

Demikian kata Junaidi Arjo, 71, yang temui sedang meninjau operasi mencari dan menyelamat anaknya Md Rajihan yang dilaporkan hanyut bersama kenderaan dinaiki kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Menurut Junaidi, doanya tidak pernah putus mengharapkan anaknya itu berjaya ditemui sebaik mengetahui kejadian itu.

Katanya, hari ini adalah hari kedua mereka sekeluarga menunggu ditempat pencarian ini dengan harapan usaha yang dilakukan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Kluang serta Balai Polis Kahang membuahkan hasil.

“Saya memohon orang ramai sama-sama berdoa agar Md Rajihan dapat ditemui walau dalam apa juga keadaan dirinya,” katanya.

Sementara itu, abang ipar kepada Md Rajihan, Zullailaly Roslan, 40, berkata, pasangan berkenaan baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan Julai lalu dan kini Khairunnisa Ibrahim, 24, sedang mengandung tiga bulan anak pertama mereka.

Katanya, pasangan berkenaan tinggal di Parit Nipah di Parit Raja dan ketika hari kejadian Md Rajihan sedang dalam perjalanan pulang dari Mersing membawa isterinya melihat pantai di sana.

“Kami amat berharap dia akan ditemui segera kerana isterinya tidak mahu pulang ke Parit Raja selagi suaminya itu tidak ditemui,” katanya.

Khairunnisa Ibrahim bagaimana tidak dapat ditemui kerana terlalu sedih dan masih trauma dengan kejadian yang berlaku pada mereka berdua tempoh hari.

Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga kejadian itu disertai oleh 32 orang pegawai dan anggota dari Pasukan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan menggunakan lima buah bot serta tiga buah lori. – BH

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0