https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111-11.jpg
in

ADA GERAKAN UMNO JALIN KERJASAMA DENGAN DAP, PKR

ADA GERAKAN UMNO JALIN KERJASAMA DENGAN DAP, PKR

TUMPAT: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa tidak menolak kemungkinan ada gerakan dalam UMNO yang mahu menjalin kerjasama dengan DAP dan PKR.

Merujuk rakaman video dipercayai ada kaitan dengan gerakan itu yang didakwa dirakam pada mesyuarat perwakilan UMNO bahagian tertentu, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, menegaskan kata putus berkaitan perkara itu terpulang kepada ahli parti sendiri.

“Terpulang kepada ahli UMNO, tapi kalau jadi apa-apa, sila ambil tanggungjawab. UMNO sudah jatuh sekali ketika PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14), saya tak mahu UMNO jatuh kali kedua.

“UMNO dan PAS sudah sepakat dalam MN (Muafakat Nasional) dan sepakat lagi dengan BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) sehingga seterusnya berjaya membentuk kerajaan.

“Jika ada mazhab yang ingin memberi talian hayat kepada DAP, silakan, tapi saya akan lawan,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh dan Menteri Wilayah Persekutuan hadir menyerahkan barangan keperluan kepada mangsa COVID-19 di Hospital Tumpat yang disampaikan kepada Pengarahnya, Dr Aminah Rusmin Mohd Ghazali.

Sumbangan adalah dalam bentuk makanan dan peralatan kebersihan diri yang digunakan seharian oleh pesakit.

Annuar menegaskan, pendirian beliau adalah jelas berhubung DAP dan kesatuan umat Islam.

“Pendirian saya jelas, DAP tak akan jadi kawan kita dari sudut politik dan saya mahu umat Islam bersatu padu,” katanya. – BH

(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0