in

66 KELUARGA TERJEJAS AKIBAT BANJIR

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111-6.jpg

66 KELUARGA TERJEJAS AKIBAT BANJIR

JOHOR BAHRU – Seramai 275 mangsa terdiri daripada 66 buah keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini.

Hujan lebat yang melebihi lapan jam serta pertembungan air laut pasang dipercayai menjadi punca kejadian banjir di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan, PPS Sekolah Kebangsaan Batu 10 dan Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru telah dibuka.

PPS Sekolah Kebangsaan Batu 10 yang dibuka pada jam 2 petang semalam menempatkan seramai 90 mangsa terdiri dari 23 buah keluarga dari kawasan Kampung Laut Batu 10, Skudai.

Seramai 185 mangsa daripada 43 buah keluarga dipindahkan dari PPS Sekolah Agama Kampung Cahaya Baru ke PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru kerana jumlah yang besar.

PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru menempatkan mangsa dari dua kawasan yang terjejas, iaitu Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai. – VOICE

(Visited 11 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0