https://johortimes.my/wp-content/uploads/2021/06/111-10.jpg
in

2 BUAYA ‘DARAT’ DITAHAN

2 BUAYA ‘DARAT’ DITAHAN

TEMERLOH: Polis menahan dua remaja yang mengubah plat pendaftaran motosikal mereka dengan perkataan ‘BUAYA’, semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata menerusi Ops Motosikal, pihaknya menahan dua remaja bersama motosikal yang diubah nombor pendaftaran mengikut Seksyen 108 (3)(E) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 108 (3) (F) APJ 1987.

“Remaja itu mengubah plat pendaftaran menjadi ‘BUAYA’ dengan menampal pelekat pada plat pendaftaran asal.

“Operasi dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Temerloh bermula jam 10 pagi hingga 6 petang semalam,” katanya.

Katanya, BSPT Temerloh akan mengambil tindakan tegas kepada penunggang atau pemandu kenderaan yang mengubahsuai nombor pendaftaran dengan niat mengelirukan pihak berkuasa. – BH

(Visited 10 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0