in

10 REMAJA BERPARTI LIAR DIKOMPAUN

10 REMAJA BERPARTI LIAR DIKOMPAUN

PORT DICKSON 010121 – Seramai 10 remaja termasuk empat perempuan berusia 15 hingga 17 tahun ditahan kerana terbabit aktiviti parti liar dan penyalahgunaan dadah di sebuah apartment di Batu 8, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata operasi bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dilancarkan pada jam 9 pagi selepas menerima maklumat awam.

“Bertindak atas maklumat aktiviti pengedaran dadah, dalam operasi pada jam 9 pagi, sekumpulan remaja ditahan dipercayai terbabit aktiviti parti liar dan penyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 (Remaja Bawah Umur).

“Operasi dilakukan di sebuah bilik di apartment di Batu 8, Jalan Pantai, Port Dickson, dan seramai enam lelaki dan empat perempuan ditangkap kerana disyaki memiliki cecair disyaki dadah berbahaya,” katanya.

Katanya, hasil serbuan polis turut merampas cecair disyaki mengandungi dadah, satu ‘port vape’ warna hitam dipercayai mengandungi cecair disyaki dadah berbahaya.”Dadah dalam ‘port vape’ ini anggaran seberat 0.1 gram dan sebotol lagi berwarna hitam di dalamnya mengandungi cecair disyaki dadah berbahaya seberat anggaran 0.1 gram,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan air kencing terhadap semua remaja terbabit kemudian didapati negatif pengambilan dadah dan mereka tidak mempunyai apa-apa rekod lampau.

“Semua remaja ini adalah dari daerah Kajang, Bangi dan Sepang di Selangor,” katanya.

Aidi Sham berkata, berikutan itu, remaja terbabit dikompaun setiap seorang kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mereka tidak mengamalkan norma baharu berkumpul dalam parti persendirian yang mana sukar untuk mengawal peri laku dan mungkin menjadi kontak rapat kerana berada dalam tempat tertutup yang sama untuk jangka masa panjang,” katanya. – BH

(Visited 56 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0