in

SIASATAN ISU KARTEL DAGING MENYALAHGUNAKAN PENGESAHAN LOGO HALAL

SIASATAN ISU KARTEL DAGING MENYALAHGUNAKAN PENGESAHAN LOGO HALAL

POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) MENGESAHKAN TELAH MENERIMA LAPORAN POLIS DAN SEDANG MENJALANKAN SIASATAN BERHUBUNG ISU KARTEL DAGING IMPORT YANG MENGGUNAKAN LABEL HALAL PALSU.

UNIT SIASATAN JENAYAH TERKELAS (USJT), BAHAGIAN D5, JABATAN SIASATAN JENAYAH (JSJ) BUKIT AMAN MENJALANKAN SIASATAN MENGIKUT PERUNTUKAN SEKSYEN 505(b) KANUN KESEKSAAN KERANA MENYEBABKAN KETAKUTAN ATAU KEGENTARAN KEPADA AWAM.

13 LAPORAN POLIS TELAH DITERIMA KERANA KEGUSARAN HATI OLEH ORANG AWAM SETELAH MEMBACA LAPORAN KHAS MENGENAI SERBUAN DI SEBUAH GUDANG DI SENAI, JOHOR DAN PENDEDAHAN SECARA EKSKLUSIF OLEH AKHBAR TEMPATAN BERKAITAN KEGIATAN SYARIKAT YANG MENYELUDUP DAGING IMPORT SECARA HARAM SERTA MENUKAR STATUS HALAL DAGING UNTUK PASARAN TEMPATAN.

AKTIVITI INI MELIBATKAN RANGKAIAN (NETWORK) YANG LUAS SERTA DIDALANGI SINDIKET DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA.

SIASATAN PDRM AKAN MERANGKUMI PIHAK TERLIBAT DALAM PEMEROLEHAN, PENYIMPANAN, PEMPROSESAN, PENYELUDUPAN, PIHAK YANG MEMANIPULASI, BERSUBAHAT SERTA MEMBAWA MASUK DAGING SEJUK BEKU MELALUI PERMIT IMPORT (AP).

PDRM MEMANDANG SERIUS PERKARA INI DAN KOMITED UNTUK MENANGANINYA DENGAN JARINGAN KERJASAMA AGENSI SEPERTI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP), JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR, JABATAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (MAQIS) DAN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDRM).

KEWAJARAN TINDAKAN PDRM KE ATAS SINDIKET INI AKAN MENGAMBIL KIRA JUSTIFIKASI BERIKUT:


1. MENCETUSKAN KEGUSARAN RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA MELIBATKAN ISU YANG MENYENTUH SENSITIVITI AGAMA ISLAM.

2. MENCETUSKAN KETIDAKPUASAN HATI DAN MENGANCAM KETENTERAMAN DALAM NEGARA AKIBAT PERDAYAAN PERBUATAN PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

3. MENJEJASKAN IMEJ NEGARA SEBAGAI SEBUAH HUB HALAL.

4. MEMBERI KESAN YANG BESAR KEPADA SEKTOR EKONOMI NEGARA.

PDRM MEMOHON ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT DIMINTA TAMPIL UNTUK MEMBANTU SIASATAN DAN TIDAK MENULARKAN BERITA YANG TIDAK DIPASTIKAN KESAHIHANNYA DI MEDIA SOSIAL.

(Visited 218 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0