https://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/12/LAPAN-PREMIS-TIADA-LESEN-DIARAH-TUTUP-2-3.jpg
in

LAPAN PREMIS TIADA LESEN DIARAH TUTUP

LAPAN PREMIS TIADA LESEN DIARAH TUTUP

JOHOR BAHRU 121220 – Sebanyak lapan premis di sekitar bandar raya ini diarahkan tutup kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, notis itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam operasi bersepadu pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan hari ini.

“Dalam operasi bersepadu ini 474 premis diperiksa melibatkan 61 premis di sekitar Bandaraya Johor Bahru.

Sebanyak enam kompaun dikeluarkan terhadap mereka yang tidak mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1888 (Akta 342).”Selain itu seramai 1,721 individu diperiksa dalam operasi bersepadu berkenaan dan pada masa sama kita turut memberikan nasihat terhadap 192 individu supaya mematuhi SOP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, operasi itu melibatkan 17 kumpulan terdiri daripada lima kumpulan dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, lapan kumpulan dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan empat lagi kumpulan dari IPD Johor Bahru Utara.Beliau berkata, mereka turut dibantu pasukan sukarelawan polis, anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Secara keseluruhan, operasi selama enam jam bermula pukul 12 tengah hari itu melibatkan 184 petugas pelbagai agensi.Menurutnya, operasi bersepadu itu dijalankan ekoran peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Johor melibatkan 2,362 kes hingga semalam.

Tujuan operasi bersepadu itu ujarnya, untuk memastikan orang awam terus memakai pelitup muka serta melaksanakan penjarakan fizikal dan bagi pemilik premis menyediakan peralatan saringan suhu yang berfungsi dan menggunakan aplikasi My Sejahtera. – JT

(Visited 62 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0