http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/12/1-1.jpg
in

JANGAN PANIK, USAH SEBAR LAPORAN PALSU

JANGAN PANIK, USAH SEBAR LAPORAN PALSU
http://johortimes.my/2020/12/jangan-panik-usah-sebar-laporan-palsu/

JOHOR BAHRU 121220 – Polis Johor mengesahkan ada menerima laporan palsu berkaitan kes jangkitan COVID-19 dan memberi amaran supaya tidak menimbulkan kegusaran awam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan mengeluarkan statistik laporan palsu berkenaan tidak lama lagi.

Katanya, laporan palsu berkaitan COVID-19 boleh menimbulkan kegusaran awam seperti yang terjadi kepada sekumpulan orang asli di Kampung Orang Asli, Simpang Arang di Iskandar Puteri yang melarikan diri ke hutan.

“Kumpulan Orang Asli, kira-kira 40 orang itu bertindak melarikan diri ke kawasan hutan dan membina khemah kerana dimaklumkan terdapat guru agama di kampung mereka positif COVID-19.

“Sebenarnya, guru agama berkenaan disahkan negatif, namun khabar angin tersebut menyebabkan kumpulan Orang Asli itu takut dan melarikan diri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sekumpulan masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Simpang Arang di Iskandar Puteri didapati ‘melarikan diri’ dari kampung mereka sejak dua hari lepas, gara-gara khuatir dijangkiti COVID-19.

Pihak berwajib telah memberitahu mereka, guru agama terbabit itu telahpun menjalani saringan dan keputusannya disahkan negatif dan usaha untuk memujuk mereka supaya kembali ke kampung. – JT

(Visited 58 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0