http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/2-1-1200x675.png
in

TUKUN TIRUAN DILABUHKAN DI PULAU TINGGI

TUKUN TIRUAN DILABUHKAN DI PULAU TINGGI

MERSING 111120 – Projek Tukun Tiruan Negeri Johor 2020 yang menelan kos RM435,000 dilabuhkan berhampiran Pulau Tinggi, di sini semalam.

Pengarah Perikanan Negeri, Noraishah Hashim berkata, sebanyak 17 tukun jenis penghalang pukat tunda diletakkan di lokasi kira-kira dua batu nautika dari pulau tersebut.

“Projek ini membantu dalam memastikan sumber perikanan dapat dipelihara dengan meletakkan peranti kawalan aktiviti perikanan dan mampu memberi manfaat kepada 830 komuniti nelayan tempatan.

“Selain itu, projek ini juga akan memastikan kesinambungan ekosistem marin, khasnya kawasan taman laut yang berhampiran seperti gugusan Pulau Sibu, Pulau Tinggi dan Pulau Besar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jabatan Perikanan Negeri Johor melabuhkan sebanyak 17 tukun rekreasi dan 17 tukun konservasi di perairan Pulau Lima pada 2019.
Jelasnya, usaha pemuliharaan itu akan diteruskan Jabatan bagi memastikan kelestarian sumber dan jaminan bekalan makan negara terpelihara. – JT

(Visited 34 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0