in

SPM, STAM PADA 22 FEB 2021

http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/5-5.png

SPM, STAM PADA 22 FEB 2021

KUALA LUMPUR 081120 – Kementerian Pendidikan meminda tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada 22 Februari depan.

Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula dianjak ke 8 Mac 2021.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata perincian mengenai semua peperiksaan awam itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Dalam sidang akhbar hari ini, beliau juga mengumumkan semua sekolah ditutup bermula esok hingga hari terakhir persekolahan bagi tahun ini.

Bagi sekolah di negeri Kumpulan A, sesi persekolahan berakhir pada 17 Disember, manakala Kumpulan B pada 18 Disember. – BH

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 82 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0