in

REMAJA PEREMPUAN DIBUNUH KEJAM HADAPAN IBU

http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/1-3-1200x675.png

REMAJA PEREMPUAN DIBUNUH KEJAM HADAPAN IBU

KUALA BERANG 011120 – Remaja Siti Nur Surya Ismail, 19, ditemui mati dipercayai dibunuh di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, berkata kejadian disedari adik mangsa, Diana Syuhada, 15, yang mendapati mangsa tertiarap di ruang tamu ketika pulang dari sekolah, kira-kira jam 2.30 petang.

Katanya, jenayah dipercayai dilakukan oleh seorang individu kira-kira 9 pagi tadi.

“Barang yang hilang membabitkan wang tunai,” katanya ditemui di kampung berkenaan, hari ini.

Abang mangsa, Mohd Zaid Azroi, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi Diana ketika bekerja di Kampung Bukit Payong.

“Adik saya dibunuh dengan kejam dengan beberapa kesan dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian, termasuk putus pergelangan lengan kiri.

“Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada dan hanya mampu melihat kerana ibu menghidapi sakit kanser otak,” katanya. – BH

(Visited 105 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0