http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/11-2-1200x675.png
in

PKPB DI JOHOR, MELAKA, TERENGGANU DAN KEDAH DITAMATKAN ESOK

PKPB DI JOHOR, MELAKA, TERENGGANU DAN KEDAH DITAMATKAN ESOK

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor, Melaka, Kedah dan Terengganu ditamatkan esok, lebih awal berbanding 6 Disember depan seperti diumumkan sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun beberapa daerah seperti Kulim di Kedah, Kota Tinggi dan Mersing di Johor masih dikenakan PKPB.

“PKPB ditamatkan selepas penilaian risiko dibuat oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan trend penurunan kes positif dan keadaan terkawal,” katanya pada sidang medianya hari ini. – BH

(Visited 127 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0